image
Leeds, West Yorkshire, United Kingdom
~A bird doesn't sing because it has an answer, it sings because it has a song~
skynet_90

Tabung Kebajikan LUMSOC - Erti Hidup pada Memberi

Assalamualaikum WBT,


"kalau lebih, lebih-lebihkanlah membantu..."
"hulurkan tangan, mari kita membantu..."
"...membantulah..."

Ingin menyumbang?! tapi tidak tahu cara..
Ada duit simpanan lebih dan mahu membantu rakan2??!!

Jangan risau, kalian semua boleh la menyumbang ke akaun tabung kebajikan LUMSOC pada sesi 2010-2011 ini. Pada sesi ini, tabung kebajikan LUMSOC menggunakan tema 'Erti Hidup Pada Memberi' telah di buka untuk menerima dana ikhlas dari ahli mahupun bukan ahli LUMSOC yang ingin menyumbang.

Butir-Butir akaun:

Nama: Ahmad Azree Md Yusof
Acc. No. : 31930468
Sort Code: 30-65-22
Ref: Tabung Kebajikan LUMSOC [nama, optional]







Teringat ayat2 yang biasa didengari selepas solat Jumaat di GrandMosque
"Donation for masjid. Jazakallah wabarakallah"









 Firman Allah dalam surah At-Taubah, ayat 35 :
"(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (dan dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."

Kehidupan


Biasanyakan org cter lps ssh, hadirnya kesenangan kan.. tp sy tertarik ngan lirik lagu di bawah..
"kesenangan yg datang x akan selamanya" ---> so, jgn lupa daratan k.

Alhamdulillah, bersyukur kepada tuhan kerana saya sudah lulus 1st year MBChB di Leeds University.. yey!!

Terimalah lagu ni k. ---> Kehidupan by In-Team ft Nazry Raihan


*best x? huhu

Masa - Usia

Khas untuk Aku dan kalian,

 Umur kalian berapa?!
Berapa banyak kah masa untuk membantu masyarakat?!
Berapa banyakkah masa di habiskan untuk diri sendiri?!
Masa mengingati mati?!



Tahukah kalian bahawa masa itu org kata mcm emas.. macam pedang.. semua pasal masa.. (hbt gler masa ni kan)




Surah Yunus:45
     "Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia)."

Surah An-Naziat:46
    "Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja."

Surah Al-Asr:1-3
    "Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"




Fikir2 balik, macam mana la aku ni.. haishh..
Berapa lama masa dah terbuang kan.. ntah la.. x dpt den nak kire.
kalian?!....


JZKK

Solat Hajat & Solat Jenazah Ghaib

Salam,

Takziah diucapkan di atas pemergian datuk Shazli dan bapa saudara Ashraf (PG). Bersama-samalah kita menyedekahkan al-fatihah kepada kedua-dua allahyarham. Semoga roh mereka dilimpahi oleh nur-nur dari kalangan orang yang beriman.

Takziah juga diucapkan diatas bencana yang melanda konvoi kemanusian yang diserang oleh komando2 israel laknatullah di kepulaun Cyprus baru2 ini. (Artikel iluvislam)

              


So bagi kalangan pelajar Leeds, saya selaku Welfare Officer LUMSOC mengajak anda semua mengadakan solat hajat & solat jenazah ghaib. Butiran adalah seperti berikut.

Tempat: Green Room
Masa: 8.45pm - 9.45 pm
Tarikh: 3 June 2010

*diharapkan, sesiapa yang free dah abez exam boleh datang k..


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155